Tuesday, April 29, 2014

Makanan Lancarkan Susu Ibu

Berikut adalah senarai makanan yang disarankan kepada ibu menyusu agar meningkatkan penghasilan susu ibu.

Pelbagai sayur-sayuran
Ia sentiasa menjadi pilihan terbaik bagi ibu menyusu bayi. Sayuran yang digalakkan adalah brokoli, sawi putih dan lobak putih.
Buah-buahan
Selain sayur-sayuran, buah-buahan yang berkhasiat dan tinggi serat turut membekalkan sumber kalori sihat kepada ibu. Buah seperti epal, oren, betik dan bermacam lagi boleh dimakan setiap hari.
Bijirin
Ia mengandungi karbohidrat kompleks yang tinggi dan penting untuk meningkatkan bekalan air susu.
Buah-buahan kering
Buah-buahan kering seperti kismis, kurma, apricot,  secara tradisional biasanya diberikan kepada ibu menyusu kerana kandungan kalorinya yang cukup tinggi. Ia membantu meningkatkan kalori di dalam badan sekaligus meningkatkan pengeluaran susu ibu.
Ikan
Ikan dianggap sebagai salah satu makanan terbaik yang dapat membantu meningkatkan pengeluaran susu ibu.  Ikan kaya dengan kandungan lemak esential yang baik untuk badan. Anda boleh mempelbagaikan jenis masakan berasaskan ikan bagi membuka selera ketika makan.
Produk tenusu
Seperti sedia maklum, produk tenusu mengandungi khasiat kalsium yang tinggi. Produk tenusu termasuk susu, keju, yogurt, mentega membantu melancarakan penghasilan susu ibu.
Teh herba
Minuman teh dengan perisa chamomile atau peppermint lebih baik berbanding minuman lain. Ibu menyusu perlu mengelakkan minuman bersoda atau yang mengandungi bahan pengawet.
Selain daripada mengambil pemakanan sihat, ibu juga boleh mengamalkan urutan pada payu dara bagi membolehkan pengeluaran susu lebih lancar.

No comments: