Wednesday, October 22, 2008

I'm Sleepy

Satu tabiat Nazihah ni sejak dulu, suka tahan mata dia walopun dah ngantuk sangat2...ni ler jadiknyer..makan sambil tido..ishk..ishkk..anak Ibu ni..

video

Tuesday, October 21, 2008

Convocation Uncle Joe

First time Nazihah celebrate event konvo, hari ni Pok Joe amik scroll kat UPM Serdang...ramai betul orang, lama plak tu kena tunggu. Jieha tengok kat skrin beso jek coz Tokki ngan Tok je bleh masuk dalam dewan. Ibu doakan satu hari nanti, Nazihah pun berpeluang pakai robe dan naik atas stage terima scroll. Nazihah janji ngan Ibu yer, blaja betul2 nanti..jadik insan berilmu dan berhemah tinggi, peace!




Open House Syawal 1429H

Sabtu, 18 October 2008...
Alhamdulillah, majlis rumah terbuka No.81, Taman Puncak Jalil berlansung dengan jayanyer. Lepas jam 2 petang agak crowd coz hujan..kesian tetamu yang sampai time hujan tu, siap ada yang tunggu dalam kete kena jemput ngan payung..cam VIP gitu..


Alkisah nak story la sket, dalam duk tengah masak memasak tu tak semena-mena hob Ibu meletup..uwaaaa! terus retak seribu..sebaik la ada dapur portable lama dulu, boley la continue masak kat wet kitchen luar rumah. Habis hitam bontot periuk belanga ibu terkena jelaga dapur yg may be dah masuk habuk tuh..dugaan btol..walau bagaimanapun main course, nasi hujan panas, nasi dagang dan lain2 siap ontime...fieewwww!



Antara para tetamu yang terawal menjamu selera



baru berkenalan ngan neighbour seblah..malu2 plak nak duk dekat (baju raya terbaru Nazihah yg Ibu siapkan lam masa 24 jam)

Terima kasih buat sume yang hadir memeriahkan majlis pada hari tersebut...insyaAllah, ada rezeki kita bersua lagik tahun-tahun akan datang..amin!


Monday, October 6, 2008

Aidilfitri 1429H

Walopun 1 syawal dah berlalu, masih lagik dalam mood beraya kan? (keje masih lg suam2 kuku, sempat la Ibu update blog nih)..Meriah betul raya tahun nih, sume beraya kat umah Tok & Tokki. Mak Uda yg kononnyer balik raya ke3 tup2 a day before raya dah terpacak kat kampung..tuka plan..Tahun depan blom tentu dpt berkumpul camni lagik..sedey..tak sempat nak snap gamba full ngan family Mok Ngoh skali..kurang la 4 ahli keluarga..Eh..Nazihah mana? (org duk posing dia sibuk duk tilik kuih raya)




Tahun ni jugak Rumah Pak Omar memecah tradisi, tambah satu menu juadah hari raya..abah semangat sangat nak bakar lemang. Alhamdulillah, dengan izin Allah ada rezeki dapat buloh lemang dan lemang menjadik dengan jayanyer. Ketupat pun takde sebarang cacat cela..



Aksi-aksi Nazihah di hari raya..

1. peluk Amsyar, sepupu dia sampai tanak lepas..meraung2 budak tu dibuatnyer

2. Menimati kuih raya tanpa mempedulikan keriuhan sekeliling


3. Syioknyer meombong emas...



3. Boy jek la yang pakai songkok..Nazihah kena pakai tudung


4. Jom2..gi jalan raya