Monday, March 30, 2009

Cup Cake

Cutenyer cup cake nih (sayang nak makan)..rajin btul opismate Ibu buatkan cup cake yang comel tuk sume orang...sayangnyer she is leaving the team..so tak dapat la rasa cup cake/strawberry/Chrismas candy/etc lagik...cup cake tuk Nazihah xde ker?



Thursday, March 26, 2009

Skill ape ni?

Errrkkk?! Ni sumo ker? Kekuda ker..anak pendekar dah start tunjuk bakat ek? Ehehehheee..

Jieha tengah test la suar nih kecik tak! :p

http://www.myfairygarden.blogspot.com


Wednesday, March 18, 2009

Ferrari@SHELL

Whoaaaa..manyaknyer kete Ferrari! Ibu dah dpt complete set tuk batch 2009 melengkapkan seasson 2008 and 2007..ada 20 bijik kesemuanyer. Jieha leh tengok ajek..pegang pun sekadar dalam kete..before kuar kete kena return blk kat tempat asal :(


* new uploaded dress --> http://www.myfairygarden.blogspot.com

Monday, March 16, 2009

Like Mother Like Daugther

Waaa..Sedap rupenyer makan Fries cicah ice cream nih...patut la Ibu slalu bli Fries mesti nak ambik Sunday skali...cubelah! (Ibu terkenang life masa kat kolej bila makan fries + ice cream)


* new uploaded dress --> http://www.myfairygarden.blogspot.com

Wednesday, March 11, 2009

Sapy...GO!

Tu dia..penangan GENG! Dalam banyak2 watak..Sapy jugak yang dikenang.

Ibu: Sapy..
Jieha : Sapy..Go!
Ibu : Sapy mana?
Jieha : Mah Tokki (btul btul btul..jiran Tokki de bela lembu..ehehheee)



*Newly uploaded dress --> http://myfairygarden.blogspot.com


Tuesday, March 10, 2009

Become more clever n creative

HmMmm..semakin membesar, semakin banyak ragamnyer...kadang-kadang kesian jugak, Nazihah ni boring agaknyer, that's why la macam2 situasi dia create dalam dunia dia tersendiri..


Ni gelongsor dan ini jugak la jungkang-jungkit Naizhah..create playground sendiri dalam rumah. Kadang-kadang ajak bibik pegi taman sementara tunggu Ibu datang ambik

Malam-malam Nazihah bz sket, part time keje kat saloon..regular customer sape? Abah la..


Yeah! Dah tau peace! Strugle gak tu practice..naik kejung jari nih


Opss..terover make up plak..sendiri tengok muka kat cermin pun dah seriau



Payung pls..panas nih, luntur make up I nak salam pengantin nanti


Cuci-cuci services..geram nak main air jek sebnarnyer..ehehheeee..shyyyy!

Monday, March 2, 2009

Al-Fatihah

Pada tanggal 25 Feb 2009, Tokki aka Omar bin Ismail, ayahanda kepada Ibu telah kembali ke rahmatullah meninggalkan kami semua. Berita diterima pada jam 8:50am, ketika itu Ibu sudah bersiap2 untuk keluar ke opis dan Nazihah pun dah ready untuk dihantar ke rumah Nenek. Ibu mengangis teresak-esak, Nazihah bingung bertalu2 bertanya 'bu angis ke?'...tatkala Ibu memeluk Nazihah, tangisan turut membasahi pipi Nazihah walaupun masih tidak mengerti kenapa Ibu sedih.

Menjelang tenghari kami bertolak pulang ke Terengganu membawa bersama Mok Long and Pok Mat. Alhamdulillah, kami selamat tiba tatkala azan Asar bergema. Ruang laman dipenuhi tetamu yang datang menziarah, semua mata memandang ke arah kami tatkala kami memboloskan diri dari kereta dah menuju ke dalam rumah. Nazihah sekadar membontoti Ibu..pelik dengan kedaan sesak kat umah Tokki.

Ibu bawak Nazihah jumpa Tokki..lancar Nazihah bertanya 'Ki saket ker? Ki tido?' Ibu sekadar membisu, Nazihah tidak bertanya lagi.

Arwah Tokki sihat-sihat jek sehinggalah mengadu sakit perut pada 24 Feb 09 dan dibawa ke hospital besar daerah. Keadaan Tokki kian parah selepas balik dari hospital. Pada awal pagi 25 Feb 09, Tokki dibawa ke Hospital besar Kuala Terengganu dan pada ketika itu, keadaan arwah sudah agak kronik dan terus dimasukkan ke ICU. Ditakdirkan Ilahi, Tokki pergi secepat itu..tanpa menanggung lebih keperitan.

Jenazah mula dimandikan selepas ketibaan Makde dari Sabah. Cuma Cik Su yang terkilan tak sempat menatap wajah arwah buat kali terakhir, dah takdir dan mungkin ada hikmah disebaliknyer. Nazihah tidak meninggalkan jenazah dari saat dimandikan sehinggalah selesai dikafankan. Nazihah cuma tahu Tokki sakit kaki (coz kaki diikat dengan kain kafan), sakit perut (coz tangan qiam di perut) dan Tokki pegi solat (coz dipakaikan kopiah dan serban waktu dikafan).

Sikit sangat kenangan Nazihah dengan Tokki tapi insyaAllah..Nazihah pasti tetap mengenali siapa Tokki. Al-Fatihah buat Tokki..semoga rohnya dicucuri rahmat dan terpelihara dari siksa kubur, amin!