Monday, March 2, 2009

Al-Fatihah

Pada tanggal 25 Feb 2009, Tokki aka Omar bin Ismail, ayahanda kepada Ibu telah kembali ke rahmatullah meninggalkan kami semua. Berita diterima pada jam 8:50am, ketika itu Ibu sudah bersiap2 untuk keluar ke opis dan Nazihah pun dah ready untuk dihantar ke rumah Nenek. Ibu mengangis teresak-esak, Nazihah bingung bertalu2 bertanya 'bu angis ke?'...tatkala Ibu memeluk Nazihah, tangisan turut membasahi pipi Nazihah walaupun masih tidak mengerti kenapa Ibu sedih.

Menjelang tenghari kami bertolak pulang ke Terengganu membawa bersama Mok Long and Pok Mat. Alhamdulillah, kami selamat tiba tatkala azan Asar bergema. Ruang laman dipenuhi tetamu yang datang menziarah, semua mata memandang ke arah kami tatkala kami memboloskan diri dari kereta dah menuju ke dalam rumah. Nazihah sekadar membontoti Ibu..pelik dengan kedaan sesak kat umah Tokki.

Ibu bawak Nazihah jumpa Tokki..lancar Nazihah bertanya 'Ki saket ker? Ki tido?' Ibu sekadar membisu, Nazihah tidak bertanya lagi.

Arwah Tokki sihat-sihat jek sehinggalah mengadu sakit perut pada 24 Feb 09 dan dibawa ke hospital besar daerah. Keadaan Tokki kian parah selepas balik dari hospital. Pada awal pagi 25 Feb 09, Tokki dibawa ke Hospital besar Kuala Terengganu dan pada ketika itu, keadaan arwah sudah agak kronik dan terus dimasukkan ke ICU. Ditakdirkan Ilahi, Tokki pergi secepat itu..tanpa menanggung lebih keperitan.

Jenazah mula dimandikan selepas ketibaan Makde dari Sabah. Cuma Cik Su yang terkilan tak sempat menatap wajah arwah buat kali terakhir, dah takdir dan mungkin ada hikmah disebaliknyer. Nazihah tidak meninggalkan jenazah dari saat dimandikan sehinggalah selesai dikafankan. Nazihah cuma tahu Tokki sakit kaki (coz kaki diikat dengan kain kafan), sakit perut (coz tangan qiam di perut) dan Tokki pegi solat (coz dipakaikan kopiah dan serban waktu dikafan).

Sikit sangat kenangan Nazihah dengan Tokki tapi insyaAllah..Nazihah pasti tetap mengenali siapa Tokki. Al-Fatihah buat Tokki..semoga rohnya dicucuri rahmat dan terpelihara dari siksa kubur, amin!

2 comments:

fadh said...

takziah ain... bergenang aku baca perenggan terakhir tuh...

Nanee said...

takziah ain... moga ditempatkan di kalangan-kalangan manusia syurga...