Friday, December 19, 2008

Life is sharing..

Introducing..Kak Ainul Mardiah! Kak Ain la kawan Jiha bila balik umah Wan & Atuk kat Gombak. Kak Ain macam ada inctinct jek kalo Nazihah ada kat umah Wan, kejap-kejap kang call Atuk suh ambik..nak main ngan adik Nazihah..sonot main ngan Kak Ain especially lompat2 atas katil, kalo Wan tengok mesti kena marah. dah puas main stendet la, kawan kejap pastuh start gaduh berebut bantal la..rebut buku..pening kepala Wan.

Ni aksi makan aiskrim..Kak Ain punya dah habis, pow aiskrim Nazihah. Beginilah dialognyer:

Nazihah: nak mamam? nak..nak?
Kak Ain: nak..nak!
Nazihah : nah..mamam..mamam yer..nak agi?

Sudahnyer, yang banyaknyer masuk mulut Kak Ain...ehehhee..tapi bagus gak, Abah kan tak suke Jiha makan aiskrim banyak2.


Eczema

Alhamdulillah..syukur kehadrat Ilahi. Sejak adanyer "beyond water bio-active reforming system" eczema Nazihah dah kurang, tak la seteruk dulu. Setiap kali mandi, Ibu akan guna air hidup (Natural Living Water) yang InsyaAllah bersih, tulen dan kaya dengan mineral untuk bilasan terakhir. Air yang bebas bakteria dan bahan kimia ni membantu menyihatkan kulit Nazihah. Terima kasih kepada beyond water bio-active reforming system dan of course, kita manusia ni hanya berusaha dan sememangnyer Allah yang berkuasa menyembuhkan cuma kita cuba dan tawakal..memang berbaloi!


Now kami sekeluarga menikmati air hidup semulajadi untuk keperluan harian...anda, bagaimana?


Wednesday, December 17, 2008

Gardening

Ibu ada small garden kat blakang rumah..ada pokok pandan, serai, cili padi, kacang botol. Selain daripada itu, ada gak rumput yang dulu Abah tanam tapi dek kerana tanah tak sesuai kot, jenis batu2 jadiknyer tanak idup plak. HmMmm..ada gak pokok-pokok liar yang tumbuh di sekitar tanaman ibu. Kalo mood Nazihah OK, rajin la tolong Ibu bela garden tuh..Jiha paling suke siram pokok..petah lagik tanaman Ibu kat laman rumah..Jiha tak takot Ulat, kalo nampak jek ulat Jiha pijak! siput plak Jiha masuk lam lesung batu pastuh tumbuk..leh wat masak lemak cili api tak agaknyer?


Monday, November 24, 2008

Selamat Hari Raya Aidiladha

Assalamualaikum..
Selamat menyambut Aidiladha yang bakal menjelang tak lama lagik. Whoahhh..berkobar2 nih Nazihah nak raya..nape ek? Sebab..Nazihah dapat baju raya baru! Yeaaa! Seronok sangat. Tak sabar rasanyer nak tunggu raya. Kawan-kawan tengok la baju raya Nazihah ni..cantik tak?


Ha..kalo kawan-kawan nak tau, Naizhah pun tau jahit...tengok nih, memula ambik ukuran dulu. OK, 10 inci..pasnih gunting kain plak..terer la Jieha...ehehehheee..


* Teruji sungguh kesabaran kalo menjahit sambil ditemani Nazihah ni..kejap dia nak main tape, kejap ambik butang baju, kang dia sepahkan piping, lace, etc...fiewwww! Ruler Ibu pun dah patah dibuatnyer...

Wednesday, November 12, 2008

My Pet

Inilah dia haiwan peliharaan pertama Nazihah, ikan laga atau nama saintifiknyer 'betta splenden'. Nazihah suka kucing tapi dek kerana masalah eczema nyer, tak la digalakkan memelihara kuching or yg sespesis dengannyer (lagik pon Ibu dia alergi aka geli ngan kucing).

Alkisahnyer, ikan ni Mak Long yg kasik..confuse gak seingat Ibu, kecik2 dulu Mak Long tak pernah join pun Ibu tangguk (tangkap) ikan ngan Makde & Pok Mat...dah tukar interest kot..kalo kat Trg org panggil ni ikan sekila tapi kat KL ni nama dia sepila kalo tak silap..

papepun, mekasih la Mak Long ek..harap2 tak mati la ikan nih di bawah jagaan kami (Ibu slalu lupe kasik dia makan). Abah nak bela tortist but cannot lah...Ibu geli nak pegang time nak cuci aquarium nanti..errrkkk! Pinjam Chemo Ummi Nani jek la..



Tuesday, November 11, 2008

New Dress Collection

Tengok la..hasil jahitan Ibu, cantik tak? Ibu tengah duk praktik nih nak sharpen the skills..ehehhehee...kalo ada kengkawan yang teringin pakai baju2 camnih, boley buat tempahan...InsyaAllah Ibu akan design/jahitkan..ehehheeee...

Price Code:
Size 6m-3y,
kain provided = RM35 (smocking), RM25 (non-smocking)
without kain = RM50 (smocking), RM40 (non-smocking)

Size 4y-6yr
kain provided = RM45 (smocking), RM35 (non-smocking)
without kain = RM66 (smocking), RM56 (non-smocking


*Walaubagaimanapun, bergantung la jenis kain..this code consider for cheapest cotton type. Kain yg elok tuk buat dress ni cecah rm22-35/m tp sample kat bawah ni all cotton biase jek, tak cacat mana pun bila dah siap :D


Ni Baju untuk Aqeesha Humaira



P/S: Seronok menjahit baju budak nih..bila tengok dress tu dah siap, derang pakai and gayakan..terasa kepuasan menghasilkannyer. And..most importantly, save budget..ahaks!


*More sample available in http://myfairygarden.blogspot.com


Muhammad Wildan

Lately Ibu a bit bz..takde masa nak update blog. Last weekend Nazihah melawat sepupu baru, Muhammad Wildan (bidadara syurga) yang berusia 2 minggu. Dah dapat pangku baby tu tanak lepas plak..kejap2 cium..InsyaAllah, mudah-mudahan Nazihah pun dimurahkan rezeki tuk dapat adik nanti..amin!

Pape pun tahniah buat Pak Long, Mak Long dan Kak Long Ainul Mardiah.. :)




Wednesday, October 22, 2008

I'm Sleepy

Satu tabiat Nazihah ni sejak dulu, suka tahan mata dia walopun dah ngantuk sangat2...ni ler jadiknyer..makan sambil tido..ishk..ishkk..anak Ibu ni..

Tuesday, October 21, 2008

Convocation Uncle Joe

First time Nazihah celebrate event konvo, hari ni Pok Joe amik scroll kat UPM Serdang...ramai betul orang, lama plak tu kena tunggu. Jieha tengok kat skrin beso jek coz Tokki ngan Tok je bleh masuk dalam dewan. Ibu doakan satu hari nanti, Nazihah pun berpeluang pakai robe dan naik atas stage terima scroll. Nazihah janji ngan Ibu yer, blaja betul2 nanti..jadik insan berilmu dan berhemah tinggi, peace!




Open House Syawal 1429H

Sabtu, 18 October 2008...
Alhamdulillah, majlis rumah terbuka No.81, Taman Puncak Jalil berlansung dengan jayanyer. Lepas jam 2 petang agak crowd coz hujan..kesian tetamu yang sampai time hujan tu, siap ada yang tunggu dalam kete kena jemput ngan payung..cam VIP gitu..


Alkisah nak story la sket, dalam duk tengah masak memasak tu tak semena-mena hob Ibu meletup..uwaaaa! terus retak seribu..sebaik la ada dapur portable lama dulu, boley la continue masak kat wet kitchen luar rumah. Habis hitam bontot periuk belanga ibu terkena jelaga dapur yg may be dah masuk habuk tuh..dugaan btol..walau bagaimanapun main course, nasi hujan panas, nasi dagang dan lain2 siap ontime...fieewwww!



Antara para tetamu yang terawal menjamu selera



baru berkenalan ngan neighbour seblah..malu2 plak nak duk dekat (baju raya terbaru Nazihah yg Ibu siapkan lam masa 24 jam)

Terima kasih buat sume yang hadir memeriahkan majlis pada hari tersebut...insyaAllah, ada rezeki kita bersua lagik tahun-tahun akan datang..amin!


Monday, October 6, 2008

Aidilfitri 1429H

Walopun 1 syawal dah berlalu, masih lagik dalam mood beraya kan? (keje masih lg suam2 kuku, sempat la Ibu update blog nih)..Meriah betul raya tahun nih, sume beraya kat umah Tok & Tokki. Mak Uda yg kononnyer balik raya ke3 tup2 a day before raya dah terpacak kat kampung..tuka plan..Tahun depan blom tentu dpt berkumpul camni lagik..sedey..tak sempat nak snap gamba full ngan family Mok Ngoh skali..kurang la 4 ahli keluarga..Eh..Nazihah mana? (org duk posing dia sibuk duk tilik kuih raya)




Tahun ni jugak Rumah Pak Omar memecah tradisi, tambah satu menu juadah hari raya..abah semangat sangat nak bakar lemang. Alhamdulillah, dengan izin Allah ada rezeki dapat buloh lemang dan lemang menjadik dengan jayanyer. Ketupat pun takde sebarang cacat cela..



Aksi-aksi Nazihah di hari raya..

1. peluk Amsyar, sepupu dia sampai tanak lepas..meraung2 budak tu dibuatnyer

2. Menimati kuih raya tanpa mempedulikan keriuhan sekeliling


3. Syioknyer meombong emas...



3. Boy jek la yang pakai songkok..Nazihah kena pakai tudung


4. Jom2..gi jalan raya








Thursday, September 25, 2008

Salam Aidilfitri

Assalamuailaikum..
Selamat menyambut hari raya Aidilfitri diucapkan buat semua kenalan. Ampun dah maaf dipohon atas segala salah dan silap serta keterlanjuran kata selama berkenalan. Semoga kita semua bergembira dan mendapat keberkatan Ilahi di hari mulia ini. Safe journey tuk yang balik kampung..

Wassalam.



Monday, September 22, 2008

Smocking Dress

Jeng..jeng..jeng! Akhirnya siap gak Ibu jahit smocking dress..but it's not mine :(
Ibu! mana Jiha punya?! (semoga kalian ceria pakai baju ni di hari raya nanti)

Dress raya untuk Nurul Iffah

Dress raya untuk Intan jr.

Ni ha..Nazihah punya..



I'm Two Years!

Alhamdulillah..syukur ke hadrat Ilahi kerana dipanjangkan umur Nazihah. Last Saturday Nazihah celebrating her 2nd Birthday. There's no special party, just jemput kaum kerabat berbuka kat rumah. Ibu ngan Abah doakan semoga Nazihah jadik anak solehah yang patuh pada Agama dan Ibu & Abah. Segala sifat baik yang Nazihah tunjukkan skang, carry it on sampai bila-bila, ok! Ibu dan Abah love you so much..muahhhhss!

Birthday Cake

Dilema btul nak pilih basikal..kemain lama test ride - abah belikan hadiah bithday (Ibu kasik hadiah apa? rahsia..)


Potong kek lepas solat Terawih..Nazihah makan cherry jek..dah tengok Mak Long kuarkan bithday gift lansung terus letak tepi kek nyer..


Monday, September 15, 2008

Car Wash

Bersungguh-sungguh Nazihah tolong basuhkan kete Ibu smalam..tengah2 panas tuh sanggup berjemur. Acih..nanti Ibu kasi duit raya lebih, k!

Memang sibuk betul smalam kan, lepas basuh kete tolong ibu bercucuk tanam plak kat blakang rumah..sempat la ibu semaikan pokok pandan ngan serai. Sok Tok datang bawak anak pisang plak. Menjelang Zohor, Nazihah pun dah kepenatan, terus tertido dalam kete on da way Ibu hantar cleaner balik Cyberjaya.


Ambik baldi yang Abah dah isi ngan sabun..wahhh! tough macam Ibu kan..ahaks!

Masukkan air, Abah tunjukkan camne nak buihkan sabun



Akhirnyer..keje dah beres..jom mandi!



Monday, September 8, 2008

Self-Service

Alhamdulillah..Nazihah dah semakin pandai berdikari. For the first time, Nazihah berjaya sarung seluar ngan baju sendiri without assistance. Alkisahnyer, Ibu merajuk sebab dia asik lari2 while make her up. So, Ibu leave her and pegi pakai tudung. Once dia dah realised dia mungkin bakal ditinggalkan, terus sauk seluar ngan baju..tau takot :p

Walaupun kadang-kadang ragam Nazihah ni satu macam, tapi syukur sebab ada masanyer dia betul-betul dengar kata. Contohnyer, kalo nak masuk bilik air tau amik towel sendiri, dah lepas mandi terus ambik diapers ngan necessary equipment (bedak, lotion, cream, baby oil, etc). Later bila dah siap pakai baju, sidai balik towel (but most of the time call for help la..). Thanks my dear, I love you!

Ramadhan 1429H

Smalam ada sesi berbuka puasa bersana Mak Uda, Mak Long dan Pak Mat..Nazihah bese la kalo dapat jumpa Mak Uda dia mmg sonot asik nak berkepit jek..Mak Uda plak busy potong baju raya sambil dipantau Mak Long sementara menunggu waktu berbuka, Nazihah jadik pemerhati bebas ler..


Juadah berbuka dah ready!

Menu: Nasi Ayam, Puding Jagung (Masakan Ibu), Goreng Cempedak (Mak Long), Lepat Labu, Tepung Pelita, Popiah, Murtabak, Limau, Air Tebu, Air Blackcurrent, (lain2 beli kat bazar ramadhan) dan Kurma


Dah masuk waktu berbuka, Nazihah jadik chairman..sume asyik duk offer macam-macam, tatau mana nak pilih..ehheheeee..Sudanyer Nazihah makan limau jek, 2-3 hari ni tak berapa sehat..baru kebah demam pastuh still batuk ngan selsema sket, tadek selera la tuh kot..


Tuesday, August 26, 2008

Sleeping Beauty

Dulu-dulu Ibu slalu dodoikan dia dalam buai, skang dia plak praktik mendodoikan baby..kekadang kete mainan pun didodoinye..tambah plak skang slalu berebut-rebut ngan Icha nak buaikan Aniq, tiru la tu style nenek Ummi zikir mendodoi..However, aktiviti ni memang boley dilakukan kat umah nenek Ummi or kat umah Wan dia jek coz buai kat umah Ibu dah disamble..semak jek, bukan nak tido buai pun just main ajek..

Nazihah yang rajin

Since Abah kena handle project DHL ni busy btol..almost everyday balik lewat..terpakse la Nazihah duk dapur ngan Ibu...Nazihah pun pelagik..tolong la Ibu tumbuk sambal belacan (kot), kan?


Old Town Cafe

Nazihah dan Ibu sedang lepak kat Old Town Cafe, Cyberjaya while waiting Abah abis keje...Choose meja di posisi near to kolam..teruja sungguh Nazihah tengok those fish yang besar-besar...


Ibu..tu tu!

Hoh!


Start dah conquer dua air..mata asik usha ikan-ikan tu jek, takot sebab besar sangat
















Tuesday, August 19, 2008

Badminton Session

Semalam antara sesi terakhir badminton seblom pose nih..Nazihah pun nak tunjuk bakat..mana tau satu hari nanti bley jadik pemain badminton negara..mude2 dah kayo!


Dah warm up dah..check condition tali raket dulu..ok..ok..dah cukop tegang nih, boley start now
Sesi taklimat cara nak serve shuttle..concentrate habiss



Berdebar ni nak mulakan game, Ibu kasi motivation sket..kiss Ibu dulu amik aura



Tu dia..beraksi 3 vs 2


Take a break...minom milo anda jadi sehat dan kuat! Selambe jek interframe cat walk kat active court tuh, sebaik tak kena smash