Wednesday, March 11, 2009

Sapy...GO!

Tu dia..penangan GENG! Dalam banyak2 watak..Sapy jugak yang dikenang.

Ibu: Sapy..
Jieha : Sapy..Go!
Ibu : Sapy mana?
Jieha : Mah Tokki (btul btul btul..jiran Tokki de bela lembu..ehehheee)



*Newly uploaded dress --> http://myfairygarden.blogspot.com


Tuesday, March 10, 2009

Become more clever n creative

HmMmm..semakin membesar, semakin banyak ragamnyer...kadang-kadang kesian jugak, Nazihah ni boring agaknyer, that's why la macam2 situasi dia create dalam dunia dia tersendiri..


Ni gelongsor dan ini jugak la jungkang-jungkit Naizhah..create playground sendiri dalam rumah. Kadang-kadang ajak bibik pegi taman sementara tunggu Ibu datang ambik

Malam-malam Nazihah bz sket, part time keje kat saloon..regular customer sape? Abah la..


Yeah! Dah tau peace! Strugle gak tu practice..naik kejung jari nih


Opss..terover make up plak..sendiri tengok muka kat cermin pun dah seriau



Payung pls..panas nih, luntur make up I nak salam pengantin nanti


Cuci-cuci services..geram nak main air jek sebnarnyer..ehehheeee..shyyyy!

Monday, March 2, 2009

Al-Fatihah

Pada tanggal 25 Feb 2009, Tokki aka Omar bin Ismail, ayahanda kepada Ibu telah kembali ke rahmatullah meninggalkan kami semua. Berita diterima pada jam 8:50am, ketika itu Ibu sudah bersiap2 untuk keluar ke opis dan Nazihah pun dah ready untuk dihantar ke rumah Nenek. Ibu mengangis teresak-esak, Nazihah bingung bertalu2 bertanya 'bu angis ke?'...tatkala Ibu memeluk Nazihah, tangisan turut membasahi pipi Nazihah walaupun masih tidak mengerti kenapa Ibu sedih.

Menjelang tenghari kami bertolak pulang ke Terengganu membawa bersama Mok Long and Pok Mat. Alhamdulillah, kami selamat tiba tatkala azan Asar bergema. Ruang laman dipenuhi tetamu yang datang menziarah, semua mata memandang ke arah kami tatkala kami memboloskan diri dari kereta dah menuju ke dalam rumah. Nazihah sekadar membontoti Ibu..pelik dengan kedaan sesak kat umah Tokki.

Ibu bawak Nazihah jumpa Tokki..lancar Nazihah bertanya 'Ki saket ker? Ki tido?' Ibu sekadar membisu, Nazihah tidak bertanya lagi.

Arwah Tokki sihat-sihat jek sehinggalah mengadu sakit perut pada 24 Feb 09 dan dibawa ke hospital besar daerah. Keadaan Tokki kian parah selepas balik dari hospital. Pada awal pagi 25 Feb 09, Tokki dibawa ke Hospital besar Kuala Terengganu dan pada ketika itu, keadaan arwah sudah agak kronik dan terus dimasukkan ke ICU. Ditakdirkan Ilahi, Tokki pergi secepat itu..tanpa menanggung lebih keperitan.

Jenazah mula dimandikan selepas ketibaan Makde dari Sabah. Cuma Cik Su yang terkilan tak sempat menatap wajah arwah buat kali terakhir, dah takdir dan mungkin ada hikmah disebaliknyer. Nazihah tidak meninggalkan jenazah dari saat dimandikan sehinggalah selesai dikafankan. Nazihah cuma tahu Tokki sakit kaki (coz kaki diikat dengan kain kafan), sakit perut (coz tangan qiam di perut) dan Tokki pegi solat (coz dipakaikan kopiah dan serban waktu dikafan).

Sikit sangat kenangan Nazihah dengan Tokki tapi insyaAllah..Nazihah pasti tetap mengenali siapa Tokki. Al-Fatihah buat Tokki..semoga rohnya dicucuri rahmat dan terpelihara dari siksa kubur, amin!

Monday, February 2, 2009

TRAP

TRAP...? Ape tu..? Haa..may be ada kawan-kawan yang tak tau kan..? Ni la Nazihah nak citer..TRAP tu sebnarnyer Taman Rekriasi Air Panas, kat Perak. Nazihah folo Abah konvoi ngan WISE community berkelah kat tempat tu..ada banyak kolam, e.g: Kolam mata air gunung, hot spings pun ada macam-macam peringkat. Jom kita jelajah sama-sama!





Tak sabar nih nak makan..dah lapar sangat..Nazihah tolong bawak tikar yer..
Ha..yang ni kolam mata air gunung, sejuk airnyer..tapi alamak! ada sotong la, Nazihah takot plak nak masuk


Abah pegang kuat-kuat, Nazihah takot ni..dalam la kolam nih


Yang nih salah satu kolam air panas..suhunyer 30-35 darjah..ada yang 35-40 darjah, ada gak yang sampai boley masak telur rebus..panas kan?


Refleksologi!


Ni plak kolam keluarga, airnyer pun panas gak...dah sampai sini baru la Nazihah berani nak mandi sendiri tapi bila dah lari-lari terjatuh terus hilang mood..meraung ler..hmMmm..kolam terakhir untuk hari ini!